Carian Abjad

A B C E G H J K L M R S

Cabang Kepala Batas : Jawatan Ketua di Cabar

Kepala Batas: Sebuah lagi Cabang PKR di Pulau Pinang yang menjadi tumpuan ialah di Kepala Batas yang kini dipimpin oleh Zaini Awang.


Menjelang pemilihan 19 September depan, cabang Kepala Batas kini sudah terbelah dua - satu kumpulan oleh Zaini Awang dan satu lagi pencabarnya Abdul Latif Abdullah.

Abdul Latif akan menentang Zaini Awang bagi jawatan ketua cabang yang telah disandang oleh Zaini Awang bekas tentera sejak 2004.

Manakala untuk jawatan timbalan ketua cabang - Ketua Ranting Permatang Tinggi C,Abd Rahman Romli, dari kumpulan Abdul Latif akan mencabar Adnan Jamludin dari kem Zaini Awang.

Penyandang timbalan ketua cabang, Adnan Jamludin, mengambil keputusan bertanding mengekalkan jawatan pada awalnya bagi menentang Abdul Latif bekas Setiausaha Kerja Negeri yang dijangka bertanding timbalan ketua cabang.Namun pada hari pencalonan Abdul Latif yang kini bertugas sebagai pegawai penyelaras Kadun Bertam telah mengemukakan borang pencalonan mencabar ketua cabang.

Pertandingan juga berlaku untuk jawatan naib ketua,satu lawan satu antara Gunasekaran A/L Pakari menentang Goon Weng Him dari kem Zaini.

Azhar Che Saad dicalonkan sebagai Ketua Angkatan Muda Cabang Kepala Batas dan Mohd Yatsir bertanding jawatan timbalan ketua AMK.Sehingga waktu pencalonan tamat kedua-dua jawatan tersebut tiada pencabar.

PKR Kepala Batas kini mempunyai kira-kira 2,900 ahli dengan jumlah ranting (cawangan) sebanyak 30.

'Meluat dengan politiking'

Calon timbalan ketua,Abd Rahman, berkata ahli tidak berminat menubuhkan ranting menyebabkan Ranting yang ujud tidak sampai 50 buah.

Menurut Abd Rahman yang menyokong Abdul Latif sebagai Ketua Cabang beliau menubuhkan satu pasukan baru yang diketuai calon ketua cabang itu untuk mengambilalih kepimpinan PKR Kepala Batas.

Katanya, ahli PKR cabang ini meluat dengan politiking yang terlalu banyak di cabang itu.Pentadbiran dan pengurusan cabang yang lemah sebelum ini menyebabkan kita terpaksa membentuk satu jawatankuasa baru bagi membina dan memperkukuhkan cabang Kepala Batas untuk berhadapan dengan kepimpinan UMNO yang di ketuai bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi,ini merupakan cabaran yang menunggu kepimpinan baru PKR Kepala Batas.

"Sebelum ini sejak awal penubuhan pada 1999, semua orang berbangga dengan PKR Kepala Batas kerana pemimpinnya yang berwibawa dan dikenali umum.

"Kini keadaan sudah menjadi sebaliknya, ada ahli PKR yang mengejek sesama sendiri. Zaini Awang selaku ketua cabang hanya membuat keputusan seorang diri membuatkan ahli-ahli mula rasa jengkel." katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, ahli mahu Kepala Batas mempunyai pemimpin yang berkaliber dan mempunyai visi yang jelas seperti Abdul Latif yang pernah menjadi Setiausaha cabang (bahagian ketika itu) pada awal penubuhan PKR Kepala Batas.

Katanya, pemimpin mesti mempunyai hubungan baik dengan setiap pimpinan negeri,kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ahli serta penyokong parti.

Akhirnya Calon timbalan ketua,Abd Rahman,menyeru kepada ahli-ahli PKR Kepala Batas supaya melaksanakan tanggujawab masing-masing dengan mengundi kem Abdul Latif calon ketua cabang,beliau sendiri sebagai timbalan ketua cabang dan Gunasekaran sebagai naib ketua cabang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...